Wednesday, 25 April 2012

An Awesome Kite !


Peribahasa, pepatah atau perumpamaan membawa maksud yang sama dan amat sinonim dalam kehidupan manusia.  Tak kira Melayu, India, Cina, Mat Salleh, apa jua bangsa, masing-masing mempunyai peribahasa mereka sendiri.  Kalau peribahasa Melayu “bapa borek, anak rintik”, orang Inggeris pun ada peribahasa yang lebih kurang sama berbunyi “like father like son”.  “Sambil menyelam minum air” apabila nak dijadikan ayat dalam Bahasa Inggeris, ia tak boleh jadi, drinks while diving sebab ia peribahasa.  Mungkin kita boleh guna, killing two birds with one stone”.  Walaupun ia nampak berbeza dari segi perkataan Melayu nya ditukar ke perkataan Inggeris tetapi maksudnya tetap sama iaitu buat dua kerja dalam satu masa.  Peribahasa digunakan dalam masyarakat bagi mengumpamakan sesuatu benda, keadaan, perbuatan atau situasi yang hampir sama dengan situasi yang lain.


Okay, itu cuma mukadimah.  Apa yang saya ingin sampaikan ialah berkenaan dengan “layang-layang”.  Kita mungkin biasa dengar atau acap kali terserempak dalam buku, peribahasa “bagai layang-layang terputus tali” yang menggambarkan hidup seseorang yang terumbang ambing, tanpa arah dan tiada hala tuju apabila kehilangan tempat bergantung.  Misalnya seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah dalam masa serentak dan tiada tempat untuk dia bergantung setelah ketiadaan mereka.  Persoalannya mengapa layang-layang itu menggambarkan hidup seorang yang bergelar manusia?  Kenapa kita tak guna “bagai kapal tanpa nakhoda” atau barangkali bagai jalan tanpa papan tanda.  Maksudnya lebih kurang sama tetapi mungkin kita jarang atau tak pernah dengar langsung peribahasa tersebut.  Kenapa harus layang-layang??

Setelah dikaji, diteliti dan diamati akhirnya saya dapati layang-layang adalah suatu benda yang paling mengagumkan!  Kenapa??  Sebab layang-layang berasal dari gabungan sehelai kertas surat khabar, dua atau mungkin tiga batang lidi dan ia juga memerlukan benang, tidak perlu yang tebal, cukuplah sekadar benang baju yang nipis tetapi tetap boleh diterbangkan.

Suatu hakikat yang anda perlu tahu ialah layang-layang terbang bukan mengikut arah angin tetapi ia melawan angin.  Dengan hanya surat khabar, benang dan batang lidi, ia boleh naik setinggi langit!!  Makin kuat angin, makin tinggilah ia naik.!  Siapa sangka tubuhnya yang agak kecil boleh melawan angin. tapi..kenapa dia melawan angin??  Kenapa tak terbang ikut arah angin??  Boleh teka tak apa akan jadi??  Yes, it will fall.!! Layang-layang tersebut akan jatuh dan mustahil dia boleh naik tinggi.

Apa yang dapat kita simpulkan ialah kita tidak boleh lari dari cabaran dan ujian yang datang.  Cabaran meletakkan kita untuk berada di atas dengan syarat kita mesti lawan, lawan dan terus lawan! Don’t be coward and run as fast as Usain Bolt.  You will fall..!!

for you to think!

No comments:

Post a Comment